BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label sekadar renungan bukan termenung jer. Show all posts
Showing posts with label sekadar renungan bukan termenung jer. Show all posts

Thursday, December 5, 2013

The Heart of Rainbow

Hidup ni sebenarnya indah kan ? Cuma kita kena tahu macam mana nak menghiduokan kehidupan tu agar ia indah dan bahagia. Aku ? Entah kenapa sejak dua menjak ni hidup ni terasa sunyi sangat. Macam something missing. Did i missing something ? Terasa diri ini jauh sangat dari pandanganNya. Terasa diri ini banyak sungguh dengan dosa. Terasa diri ini macam terlampau leka sangat dengan permainan duniawi.

Aku ni normalkah ? Perasaan ini sukar sangat dibendung. Apa yang aku paling takut sebenarnya ? Aku tengok zaman sekarang tak boleh dengan benda yang pelik2 sikit. Contohnya negara aku ni. Rasa macam tak selamat je duduk zaman sekarang. Kadang2 aku berdoa agar Allah ambil saja nyawaku sebab aku takut betul kalau turut tersesat dengan zaman ni. 

Tapi aku ni pun bukan baik sangat. Bukan macam arwah Ahmad Ammar yang sentiasa berjuang untuk menegakkan agama Islam. Allahuakhbar. Sungguh aku kagum benar dengan semangatnya. Perginya beliu dalam keadaan yang beriman. Pemuda zaman millenium yang sukar dicari ganti. Masing2 berebut ingin mengangkat jenazahnya ke kubur. Sungguh bertuah juga beliu kerana dikebumikan berdekatan dengan kubur sahabat Nbi Muhammad SAW yakni Abu Ayyub. Subhanallah ! Sungguh ! aku ingin menjadi seperti dia. 

Tapi aku ni suka sangat terpengaruh dengan hasutan setan durjana. kenapalah aku ni suka terpengaruh. Apasal lemah sangat iman ni ! Kadang- kadang geram juga dengan diri sendiri. Jujur. Aku ingin menjadi seperti srikandi2 Islam yang lain. Bukan hanya sebutan dibibir tetapi biar dilakukan agar menjadi bukti. 

Namun aku sedih sangat. Berbuat demikian di zaman yang ntah pape ni memang cari penyakit. Percayalah. Manusia akan mengata tanpa henti. Katanya berlagak alim Katanya agama sesat. Katanya dan kata kata. Rimas !! Aku rimas dengan kata2 mereka. Aku yang jahil atau mereka yang tuli ? 


It is true. World get worst when stupid people full with confidence and smart people just keep for themselves. Please send me to Marikh. I dont wanna live here anymore. Earth become so unfamiliar to me. Cannot recognize it anymore huhu....

*********************************CHAPTER 2**************************

Saturday, November 30, 2013

The Heart of Rainbow

Suasana malam yang hening.
Buku tolak tepi.
Katil bersepah dengan segala macam mak nenek barang.

keadaan sekelilingnya tak pernah dihiraukan. Padanya, assignment yang berlambak menggunung mengalahkan Dubai Tower mesti disiapkan. Biliknya sepi. Yang kedengaran cumalah bunyi keyboard yang pantas menari. Leka sekali dia membuat kerja. Itula Elle. Hidupnya jangan diganggu. Tambahan bila dia sudah bersemangat membuat kerja. Bukan senang nak carik mood bila dah hilang.

Diluar kedengaran hujan tiba2 mencurah. Tanpa guruh dan kilat.

Namun posisinya masih tidak berubah. Mata masih tetap menghadap desktop lappy. Kadang2 ada juga dia berhenti dan berfikir. Gayanya saja dah macam Hlovate tengah karang novel Anthem. Aik ? camne tahu posisi Hlovate karang novel ? kenal ke ? Bukan dia writer mystery ke ? Emm.....

Just give me a reason just a little bit enough
just a second we are not broken just bent
and we can learn to love again...

Suara Pink mula mendayu-dayu memanggil.

"aduh....mana plak phone aku ni".

Semua barang diselak dengan rakusnya macam gajah ternampak sayur bayam setelah 8hari tak makan.

"hello....asal ?"
"assalamualaikum...."
"pergh...sentap seh..waalaikumsalam hahaha. kenapa ?"
"taw pun. Ni pasal assignment issue esok...slide tu ko dapat mana ?"
"aku buat sendiri la..kenapa ?"
"cepat gler.."
"biasalah haha..so sapa nak present ni esok ?"
"L kata dia nak present esok"
"ha, camtu takpelah. Setel problem"
"oklah..jumpa esok...pasal Tehcno ngan RM we discuss later"
"oi..oi roger"

Matanya kembali mengadap skrin lappy.

"adoii....apa aku nak buat tadi eh ? kacau betul la Lilian ni. Aduh kerja banyak gilerr sehhh....lagi 2 minggu nak final exam. Bersediakah aku ? huhu.... "

+tulah kau, suka sangat buat kerja last minute padan muka.
-eh..marah kita pulak..mana ada kita suka....kita terpaksa je...cis...ni mesti kerja setan durjana
+ko tak payah nak salahkan setan sangat...dah memang kerja dia sesatkan ko....
-ala.....mintak simpati sikit pun tak boleh ke ?
+apa simpati2...masuk kubur lagi kena tanya itu sama malaikat pastu nak mintak simpati ke sebab tak boleh jawab ?
-pergh...menusuk tulang belakang betul statement tu.
+menusuk ke tertusuk ke...ko tak solat Insyak lagi kan?

Pantas handphonenya dicari. Alamak dah pukul 12am. Aku tak Solat Isyak lagi.

Subhanallah !!!!

Terus bergegas dia meluru ke bilik air untuk mengambil wudu'.

Telekung disarung. Sejadah dibentang. Terlihat seorang hamba Allah sedang mula menunaikan kewajipannya.

Allahuakhbar.



**********************************Chapter 1*************************************



Saturday, August 20, 2011

nikmat ke bala ni ?

perghh !!! pergh !! dan pergh !!!!
nikmat giler main facebook  ni hoho..
setelah sekian lama aku mendeactivekan nyer
kini aku dah dapat balik nikmat cam dulu2...

bestt plak...
tapi dah jadi ketagih balik....huhuu
kalau itu dah jadi bad news ler ngee...

aku harus sedarkan diri..
test hr
kuiz hr
kuiz ob
esemen EMERALD
esemen eco
report trip
presentation

semua kena buat dalam minggu ni huhu..
ottoke...

aku suka giler quoto ni..
contengan jalanan dari hlovate...
Kita ni kadang2 berlagak.Kalau baca Quran dengan tafsir,kita sentiasa letak diri kita jadi 'watak putih' dalam Quran tu.Tapi kita lupa,cukup ke kriteria kita nak jadi 'watak putih' tu?Cukup ke apa yang kita dah buat selama ni untuk dengan bangganya kata 'aku la orangnya yang disebutkan dalam ayat 'wahai orang yang beriman.....','wahai orang Mukmin'...'golongan-golongan muhsin tu.Yakin ke kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat tak ada limit tu?Betul amal kita cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sebut tu?Sepatutnya kita letak sekali diri kita untuk jadi 'watak hitam'.Bayangkan yang diri kita la orang yang diseksa dalam neraka yang Allah describe dalam Quran tu.Bayangkan kita la orang yang kena azab.Baru la kita lagi berlumba-lumba nak lari dari golongan2 tu.Kita ni kadang2 tertipu apabila terlampau berangan sangat yang kita ni 'watak putih',sedangkan amal kita nak jadi 'watak kelabu' pun tak cukup qualification.

Saturday, March 19, 2011

you better understand


"I am fighting over my inner conflict to change for good.Saya bukan 24/7 mencari solace dengan Him kalau terjadi apa-apa.Saya tak sekuat tu.No matter how hard I tried,kadangkala masih mencari solace palsu dengan My Chemical Romance dan Slipknot.Headbanger yang masih tak mati dalam diri.I tried to be good,do good.Hanya pada yang termampu dibuat.Maybe I am a Miss Goody-Two-Shoes.Or Miss Hypocrite?Or Miss Multiple Personality Disorder?Or Miss Bipolar?"


betul !! kata2 kat atas ni betul2 kena tepat dengan  batang hidung aku yang mancung ni huhu....
aku memang selalu dan sentiasa untuk berubah menjadi yang lebih baik...
menjadi muslim yang sejati.......dan sungguh aku sentiasa berlawan dengan diri aku
melawan setan...melawan nafsu.....
juga melawan setiap konflik yang asyik berlaku dalam diri aku
every minute...every second....
i try my best fighting over them
KORUNK FAHAM TAK!!!!


tapi aku belum lagi sekuat itu.....
aku tak mampu macam sesetengah orang yang boleh menahan kehendak nafsu dia..
aku tak macam sesetengah orang yang kuat untuk melawan pengaruh setan...
aku cuma belum cukup kuat..........
KORUNK FAHAM TAK !!!


aku bukannya manusia yang 24/7 mencari solace dengan HIM kalau apa2 berlaku
tak kira walau macam mana sekali pun aku cuba
 aku masih nak tenangkan hati aku dengan ketenangan2 palsu
dengan cari PINK SIMPLE PLAN BONECA dan semua lagu dalam simpanan aku
dan juga AVRIL LAVIGNE yang masih tak mati dalam diri aku
komik2 zint, conan dan ben...
anime2 conan. prince of tennis, naruto.. 
KORUNK FAHAM TAK !!!


tapi aku selalu mencuba untuk menjadi baik...
mungkin seperti seorang muslim yang seharusnya..
juga berbuat baik...
aku buat semua tu !!!!
tapi aku buat setakat yang aku mampu
setakat mana yang aku termampu untuk melakukan...
KORUNK FAHAM TAK !!!

agaknya mungkin aku ni talam dua muka kut
atau miss hipokrit
atau manusia yang ada multiple  personal disorder
yang kadang2 baik dan kadang2 jahat....


KORUNK FAHAM KE ??
APA YANG AKU RASA ??
TAPI AKU BET R...
BUKAN AKU SORANG JE YANG RASA MACAM NI....

act aku tak marah.....dan aku memang tak nak marah malah aku berterima kasih
kalau ada sesiapa yang cuba untuk memberi nasihat kepada aku...
aku ni bukan perfect sangat yang sampai tak boleh nak dengar nasihat orang..
cuma satu je aku minta....

CUMA SATU.......

TOLONG JANGAN CAKAP APA2 KALAU KORUNK TAK RASA APA YANG AKU RASA

take a bite from my plate, chew, then talk. if and only if you do not throw up first

Friday, March 18, 2011

Di Mana Dia Di Hatimu?

Semasa Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan hendak berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.

Ketika Saidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w. menenangkannya dengan berkata, "Jangan takut, ALLAH bersama kita."

Itulah kehebatan Rasulullah, ALLAH sentiasa di hatinya.


Ketika di ambang maut?

Sewaktu Da'thur, seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah s.a.w. lalu meletakkan pedang di leher baginda dan bertanya, "Siapakah akan menyelamatkan kamu daripadaku?"

Jawab Rasulullah penuh yakin, "ALLAH."

Mendengar jawapan itu, gementarlah Da'thur dan terlepaslah pedang daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah... sentiasa ada DIA di hati baginda.


Ketika tiada siapa mengetahui?

Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir.

"Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?"

"Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja."

"Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya," desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji.

"Kalau begitu, di mana ALLAH?" ujar budak itu.

Saidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisiALLAH. Jelas ada DIA di hatinya.


Ketika kamu tiada jawatan?

Satu ketika yang lain, Saidina Khalid Al-Walid diturunkan pangkatnya daripada seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh Khalifah Umar. Keesokannya, Saidina Khalid tetap ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas sedikit pun perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat.

Ketika ditanya mengapa, Saidina Khalid menjawab, "Aku berjuang bukan kerana Umar."  
Ya, Saidina Khalid berjuang kerana ALLAH. Ada DIA di hatinya.


Lalu, di mana Dia dihati kita?

Melihat anekdot-anekdot itu, aku terkesima lalu bertanya kepada diri, di manakah DIA dalam hatiku?

Apakah ALLAH sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk serta membujuk hatiku yang rawan?

ALLAH ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya, cinta selain-NYA yang ada di situ, maka cinta ALLAH akan terpinggir. 

Ketika itu, tiada DIA di hatiku!

Sering diri ini berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidupku, kata mereka (dan aku amat yakin dengan kata itu);

"Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki."

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah ALLAH menjadi tumpuan dalam hidupku?
Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-NYA?

Bila bertembung antara kehendak-NYA dengan kehendakku, kehendak siapa yang aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerana-NYA? Tegakah aku membenci juga kerana-NYA?

Muhasabah ini melebar lagi. Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam-MU?

Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai-MU, ya ALLAH.


Dan aku juga tidak dapat mendustai diri sendiri

Aku teringat bagaimana suatu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan,

"Apakah engkau takutkan ALLAH?"

Dia menangis dan menjawab, "Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan ALLAH bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat ALLAH tapi aku tidak..."

Maksudnya, jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan ALLAH pun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di hatinya, lebih-lebih lagilah aku yang hina dan berdosa ini.

Di hatiku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, "Adakah DIA di hatimu?"

Aku hanya mampu menjawab, "Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA."

Justeru, kerana belum ada DIA di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang, dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA.
Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya... aku yakin... suatu saat nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua.
Dan kita akan terus mengemis kasih...

Sunday, March 6, 2011

long conversation

 i realize dat im talking too much today..
talking more and more rather than yesterday n another day... 

sumthing juz come up....
and i juz spill my tough....
wat i say maybe sum of them not really important
but if u could understand it...
maybe can become the precious thing to u knowledge...

overall..i really satisfied...
bcoz first tyme in my life..
i can spill out fully my opinion without any distraction

i hope u can understand wat i try to tell u...
bcoz im not good enough to become the person who can said well
really hope....all the thing will back to the nature...
and i will fight 4 u all...
remember...

come helll or high water we together...
but the most important thing...
live well or live hell
U CHOOSE !!!

Saturday, March 5, 2011

best quote in hlovate's novels

 
"saya tak pandai melukis, jadi saya tak boleh 'draw and paint' perasaan saya.
saya tak pandai menyanyi, saya tak boleh lagukan hati saya.
saya tak ada 'art and skill' maka saya tak boleh nak 'shout out' buat 'graffiti' kat mana-mana dinding...
dan sebenarnya saya tak pandai pun menulis...
saya tau 'throw out and spill' aje.."


"live well or live hell...you choose" :)
 
"verily after each difficulity, there is a relief..."
5t5b
 
"...everybody has a past...
...everybody lives a present...
...everybody deserves a future...
...that was I and this is me..."
from anthem.....
 
everything is okay in the end.if it's not okay, then it's not the end-ked's story


kasih sayang ada di mana-mana...untuk semua...untuk sesiapa je yang mencari-Schubert's Serenade


Life is all about risks and it requires you to jump-5thn 5bln


grow old with me-aA=aB
 
"be my wonderwall?" ~ trisy ckp dlm rooftop rant
 
'I'll be with you come hell or high water' - Aa+Bb, Ked's story, 5T5B.
 
life breaks me all..but in the end im stronger in my broken places
reality hurt,truth bites

living's killing,todays torture and yesterday are just as bad but i do believe in God's love im living n because of His love
"changing for good ain't a crime" - Versus
 
"life and death..kte hnya dipisahkn oleh satu garisan je..dan doa itu penghubung paling kuat.."
 
Boys are stupid,
some men too,
throw rocks at them,
pots and pans too..
 
don't trouble the trouble if u don't want the troule 2 trouble u...{tunas...
 
"there're times when strangers are like family,
and family like starngers" - rooftop rant
 
no matter what,no matter when,no matter it doesn't at all make sense,do not leave ur LOVE LETTERS COMPILATION as it is the last thread to sanity even if everything else failed, live well or live hell, u choose.
putus fius!
hahah~~


potassium cyanide
 
silence can be loud" - versus


"I am fighting over my inner conflict to change for good.Saya bukan 24/7 mencari solace dengan Him kalau terjadi apa-apa.Saya tak sekuat tu.No matter how hard I tried,kadangkala masih mencari solace palsu dengan My Chemical Romance dan Slipknot.Headbanger yang masih tak mati dalam diri.I tried to be good,do good.Hanya pada yang termampu dibuat.Maybe I am a Miss Goody-Two-Shoes.Or Miss Hypocrite?Or Miss Multiple Personality Disorder?Or Miss Bipolar?" [5T5B] (online version) -- okay..maybe i changed a bit here and there. haha
 
Setiap takdir yang ALLAH dah tentukan adalah yang terbaik untuk setiap insan.
The flower that blooms in adversity is the most rare and beautiful of all.
-ROOFTOP RANT-
 
 it's so funny that i forget to laugh... meaning?
its kinda sarcastic punya ayat la..mcm kte r..eii,, lawaknya. terlupa nak gelak.(nada sinis2)
 
better late than never, but better never late... :D
 
my bad, my sin, my mistake..
 
rooftop rant
♥ same boat, different cabin.♥
♥ take a pieces from my plate..chew..then telan..if n only IF u r not spewed it 1st ♥
 
HONESTLY READING STORY BY HLOVATE REALLY INSPIRE MY LIFE...N BANYAK INFLUENCE DALAM HIDUP AKU..TENGOK JELAH AKU NYER BLOG QUOTE..CAM CILOK DIA PUNYER AN ??...
HAHA...AKU SUKA TAHAP BANGANG QUOTE2 DIA...TAPI X BERMAKSUD AKU NI COPYCAT....JUZ I DONT FIND THE SUITABLE WORDS YET.......TO EXPRESS MY FEELING..
KEBANYAKAN CERITA DIA ADA DALAM KEHIDUPAN AKU...DATS WHY AKU RASER DEKAT SANGAT BILA BACA BUKU DIA....AKU PALING SUKA ROOFTOP RANT...CERITA DIA BETUL2 MENUSUK LUBANG IDONG AKU HUHU..TERHARU GILER AKU BACA...
EVEN DIA KATA X PANDAI TULIS KE APA KE -macam ayat kat atas skli-
dan sebenarnya saya tak pandai pun  menulis...
saya tau 'throw out and spill' aje.."
TAPI PADA AKU DIA MEMANG PANDAI BERCERITA....YANG AKU PULAK SAMA GAK LAR SUMA X PANDAI....TAPI YANG PALING SADIS...AKU NIH NAK BERCERITA PUN X PANDAI HUHU....
SEBAB TU LAH AKU CREATE BELOG NIH..JUZ UNTUK AKU NI YANG MEMANG X PANDAI  BERCERITA TAPI STILL NAK SPILL SUMTHING...YE LAH....SAPA LAH YANG SUDI NAK DENGAR CER AKU JER 28JAM KAN ??? LAINLAH KALU AKU ARTIS KE..PUBLIC FIGURE KE.......huhu...

AKULAH KIPAS-SUAH-MATI HLOVATE HEHEHE
 
 

Friday, March 4, 2011

raja. timbalan. pembesar.

ok guyz !!! let ur brain working !! hehehe.....

ada suatu cerita...dikatakan....pada suatu hari seorang sultan telah memberitahu pada setiap wakil2 negara..yakni raja2. sultan mengatakan untuk memajukan lagi negara kita maka beta akan memberikan setiap dari tuan hamba sebuah projek .

" tuan hamba semua haruslah menjalankan projek tersebut dengan berdedikasi agar negara kita tidak dimalukan dan semuga negara kita akan lebih maju," titah sultan tersebut.
maka raja2 tersebut pulang ke negeri masing2 dan memulakan setiap projek yang telah diamanahkan.
arakian ada suatu negeri yang rajanya sangat mengambil berat akan perihal projek di negerinya. walaupun ada pembesar2 yang membantu raja tetap mahu melakukan kesemuanya sendiri.

sehinggakan timbalan raja pun tidak mampu berkata apa2. hal ini kerana tmbalan raja tersebut bukanlah dari sekutunya. entah mengapa...kebanyakan pembesar raja tersebut banyak tergolong dari kalangan sepupu sepapat raja tersebut ataw dalam bahasa ganaznya...kroni2 jer...

sebenarnya negeri tersebut mendapat projek yang amat best juga lar kot iaitu projek pelancongan. mereka harus jadikan negeri itu sebagai negeri yang paling sesuai untuk pelancongan memandangkan negeri itu paling sesuai.tapi... apa2 hal pun raja dan kroninya saja yang membuat kerja.

sehinggakan raja tidak mempedulikan timbalan raja dan sesetengah pembesar lain. hal ini telah menyebabkan timbalan merasa tidak puas hati.

masakan tidak..sedangkan pembesar2 lain yang sekroni ngan raja sewenang2nya memberi arahan kepada timbalan.dan raja juga begitu jarang sekali berbincang dengan timbalan..sebaliknya lebih banyak berbincang dengan kroni2nya.

timbalan memang jauh hati...dalam hatinya apa guna jika ia jadi timbalan jika sekadar untuk isi ruangan di atas kertas. dia bukannya tidak tahu buat kerja. dia bukan manusia yang tidak boleh di harapkan.sebenarnya apa yang dirasakan timbalan ini juga dirasakan oleh pembesar2 yang lain.

tapi berlainan pula dengan apa yang dianggap oleh raja...dia merasakan timbalan selalu sibuk kerana menguruskan hal2 luar daerah. dia cuma tidak mahu membebankan timbalan. begitu juga dengan pembesar yang lain.....dia cuma mahu mereka senang...dan dia sebagai ketua sudah tentu tidak mahu membebankan anak buahnya.......dia kerap bekerja dengan kroninya kerana mereka sudah terbiasa bersama.

maka salah siapakah ??!! masing2 hanya memendamkan perasaan tidak ada yang berani bersuara...
sehingga kadang2 menyebabkan salah paham yang hanya sekumal bertukar menjadi umpatan yang akhirnya membawa kepada dendam dan perpecahan.

actually ada sebab aku create story nih....sapa yang kenal aku pasti faham cerita nih tentang apa sebenarnya ..

Thursday, March 3, 2011

Mengapa mengeluh

Mengapa mengeluh

Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya.


Kita bertanya: Kenapa aku diuji?



Quran menjawab , “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ,” Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.Surah al-Ankabut , ayat 2-3.



Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab ,” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah , ayat 216.



Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab ,” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Surah al-Baqarah, ayat 286.


Kita bertanya : Kenapa kita rasa frust?

Quran menjawab ,” Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman. “Surah Ali Imran , ayat 139.


Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab ,” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang , dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” Surah al-Baqarah ayat 45.



Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?

Quran menjawab,” Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal .” Surah at-Taubah, ayat 129.



Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?


Quran menjawab ,” Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” Surah at-Taubah , ayat 111.



Kita berkata : Aku tak tahan!


Quran menjawab ,”....dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” Surah Yusuf , ayat 12.



Kita berkata: Sampai bila aku akan merana begini


Quran menjawab,” Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. “ Surah al-Insyirah, ayat 5-6.



Sudah! Jangan mengeluh lagi. Pergi baca Quran.

Tuesday, March 1, 2011

Hati Ibarat Rumah

Ada tiga macam rumah, Pertama Rumah raja, di dalamnya ada simpanannya, tabungannya serta perhiasannya. Kedua Rumah hamba, di dalamnya ada simpanan, tabungan dan perhiasan yang tidak seperti yang dimiliki seorang raja. Dan ketiga adalah Rumah kosong, tidak ada isinya.

Jika datang seorang pencuri, rumah mana yang akan dimasukinya?


Apabila anda menjawab, ia akan masuk rumah yang kosong, tentu suatu hal yang tidak masuk akal, karena rumah kosong tidak ada barang yang bisa dicurinya.


Karena itulah dikatakan kepada Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu, bahwa ada orang-orang Yahudi mengklaim bahwa di dalam shalat, mereka 'tidak pernah terganggu', Maka Ibnu Abbas berkata: "Apakah yang bisa dikerjakan oleh syetan dalam rumah yang sudah rusak?"


Bila jawaban anda adalah: "Pencuri itu akan masuk rumah raja." Hal tersebut bagaikan sesuatu yang hampir mustahil, karena tentunya rumah raja dijaga oleh penjaga dan tentara, sehingga pencuri tidak bisa mendekatinya.


Bagaimana mungkin pencuri tersebut mendekatinya sementara para penjaga dan tentara senantiasa siap siaga di sekitar raja?


Sekarang tinggal rumah ketiga, maka hendaklah orang-orang berakal memperhatikan permisalan ini sebaik-baiknya, dan menganalogikannya (rumah) dengan hati, karena inilah yang dimaksudkannya.


Hati yang kosong dari kebajikan, yaitu hati orang-orang kafir dan munafik, adalah rumah setan, yang telah menjadikannya sebagai benteng bagi dirinya dan sebagai tempat tinggalnya. Maka adakah rangsangan untuk mencuri dari rumah itu sementara yang ada didalamnya hanyalah peninggalan setan, simpanannya dan gangguannya? (rumah ketiga).


Hati yang telah dipenuhi dengan kekuasaan Allah Subhanahu wa ta'ala dan keagungan-Nya, penuh dengan kecintaanNya dan senantiasa dalam penjagaan-Nya dan selalu malu darinya, Syetan mana yang berani memasuki hati ini? Bila ada yang ingin mencuri sesuatu darinya, apa yang akan dicurinya? (rumah pertama).


Hati yang di dalamnya ada tauhid Allah, mengerti tentang Allah, mencintaiNya, dan beriman kepadaNya, serta membenarkan janjiNya, Namun di dalamnya ada pula syahwat, sifat-sifat buruk, hawa nafsu dan tabiat tidak baik. Hati ini ada diantara dua hal. Kadang hatinya cenderung kepada keimanan, ma'rifah dan kecintaan kepada Allah semata, dan kadang condong kepada panggilan syetan, hawa nafsu dan tabiat tercela.(rumah kedua)

Hati semacam inilah yang dicari oleh syetan dan diinginkannya. Dan Allah memberikan pertolongan-Nya kepada yang dikehendakiNya. "Dan kemenanganmu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi maha bijaksana." (Ali Imran:126)

Syetan tidak bisa mengganggunya kecuali dengan senjata yang dimilikinya, yang dengannya ia masuk dalam hati. Di dalam hati seperti ini syetan mendapati senjata-senjatanya yang berupa syahwat, syubhat, khayalan-khayalan dan angan-angan dusta yang berada di dalam hati.


Saat memasukinya, syetan mendapati senjata-senjata tersebut dan mengambilnya serta menjadikannya menetap di hati. Apabila seorang hamba mempunyai benteng keimanan yang mengimbangi serangan tersebut, dan kekuatannya melebihi kekuatan penyerangnya, maka ia akan mampu mengalahkan syetan. Tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah semata.