BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 4, 2011

raja. timbalan. pembesar.

ok guyz !!! let ur brain working !! hehehe.....

ada suatu cerita...dikatakan....pada suatu hari seorang sultan telah memberitahu pada setiap wakil2 negara..yakni raja2. sultan mengatakan untuk memajukan lagi negara kita maka beta akan memberikan setiap dari tuan hamba sebuah projek .

" tuan hamba semua haruslah menjalankan projek tersebut dengan berdedikasi agar negara kita tidak dimalukan dan semuga negara kita akan lebih maju," titah sultan tersebut.
maka raja2 tersebut pulang ke negeri masing2 dan memulakan setiap projek yang telah diamanahkan.
arakian ada suatu negeri yang rajanya sangat mengambil berat akan perihal projek di negerinya. walaupun ada pembesar2 yang membantu raja tetap mahu melakukan kesemuanya sendiri.

sehinggakan timbalan raja pun tidak mampu berkata apa2. hal ini kerana tmbalan raja tersebut bukanlah dari sekutunya. entah mengapa...kebanyakan pembesar raja tersebut banyak tergolong dari kalangan sepupu sepapat raja tersebut ataw dalam bahasa ganaznya...kroni2 jer...

sebenarnya negeri tersebut mendapat projek yang amat best juga lar kot iaitu projek pelancongan. mereka harus jadikan negeri itu sebagai negeri yang paling sesuai untuk pelancongan memandangkan negeri itu paling sesuai.tapi... apa2 hal pun raja dan kroninya saja yang membuat kerja.

sehinggakan raja tidak mempedulikan timbalan raja dan sesetengah pembesar lain. hal ini telah menyebabkan timbalan merasa tidak puas hati.

masakan tidak..sedangkan pembesar2 lain yang sekroni ngan raja sewenang2nya memberi arahan kepada timbalan.dan raja juga begitu jarang sekali berbincang dengan timbalan..sebaliknya lebih banyak berbincang dengan kroni2nya.

timbalan memang jauh hati...dalam hatinya apa guna jika ia jadi timbalan jika sekadar untuk isi ruangan di atas kertas. dia bukannya tidak tahu buat kerja. dia bukan manusia yang tidak boleh di harapkan.sebenarnya apa yang dirasakan timbalan ini juga dirasakan oleh pembesar2 yang lain.

tapi berlainan pula dengan apa yang dianggap oleh raja...dia merasakan timbalan selalu sibuk kerana menguruskan hal2 luar daerah. dia cuma tidak mahu membebankan timbalan. begitu juga dengan pembesar yang lain.....dia cuma mahu mereka senang...dan dia sebagai ketua sudah tentu tidak mahu membebankan anak buahnya.......dia kerap bekerja dengan kroninya kerana mereka sudah terbiasa bersama.

maka salah siapakah ??!! masing2 hanya memendamkan perasaan tidak ada yang berani bersuara...
sehingga kadang2 menyebabkan salah paham yang hanya sekumal bertukar menjadi umpatan yang akhirnya membawa kepada dendam dan perpecahan.

actually ada sebab aku create story nih....sapa yang kenal aku pasti faham cerita nih tentang apa sebenarnya ..

0 contengan: