BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 3, 2011

Kenapa Portugis tidak menyerang Kedah,P.Pinang & Perlis

So hari ni kita nak belajar sejarah. topik ni mesti baca untuk 
pengetahuan kita bersama kerana terdapat beberapa fakta yg tidak ada 
dlm buku teks sekolah korang.. ini dia. 

1908 > alfonso de la boorg meyampaikan hasratnya kepada raja 
portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke asia tenggara ( melaka pusat 
perdangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting 
perdagagan timur barat. Raja portugis bersetuju untuk menyediakan 
kemudahan bala tentera (158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala 
tentera) 

1909> Portugis menghantar perisik ke melaka untuk megetahui keadaan 
kekuatan pertahanan disana 

Oct 1910> alfonso berjaya menawan melaka setelah berhempas pulas 
melawan 5 pahlawan melayu terhandal ( hang tuah, hang lekir, hang 
lekiu,hang jebat dan hang kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak 
alfonso.Untuk menawan melaka serta berlawan dengan 5 Hang 
bersaudara, mereka perlu meminta askar tambahan setelah 15k askarnya 
terkorban .Dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang 
bersudara.. akhirnya dapat juga mereka menawan melaka setelah hampir 
kecewa dan putus asa... 

1912> setahun 12 bulan kemudian alfonso ingin meluaskan kekuasaannya 
ke kedah, p.pinang dan perlis yang ketika itu adalah pusat pegeluaran 
tebu untuk gula rantau ini,... 

feb 1912 > alfonso menghantar perisik ke kedah dan pulau pinang 
untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana .Mengikut sejarah, 
perisiknya telah ke kedai kopi sekitar kedua-dua negeri itu untuk 
mendapat segala maklumat yang diperlukan... Semiggu selepas itu 
perisik balik ke melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada 
Alfonso 

Dibawah adalah perbualan antara perisik dengan al fonso 
yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah 

Perisik 1.2.3> selamat pagi tuan ( sambil bertabik) 
al fonso > selamat pagi 

Perisik 1 > Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan 
kedah dan pulau pinang 

al fonso > Kenapa kuat sangatkah mereka itu..? ( dengan nada marah 
dan bongkak) 

Perisik 2 > Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal 
Hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang likir dan hang lekiu pun 
kita kehilagan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan 
3 negeri itu yang mempunyai beribu ribu Hang.. 

Perisik 3 > Betoi tu tuan...antaranya hang sihat ka, hang buat apa, 
hang apa khabar, hang lagu mana,hang pi mana, hang nak p mana, hang 
singgah dulu,hang bila nak kawin, hang bila sampai, hang pening ka, 
hang mai sat, hang boleh blah, hang demam, bapak hang,mak hang, adik 
hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana.....yang paling 
panjang nama dia Hang celapak bagi kat muka dia.. rasanya itu 
panglima perang tu sebab nama dia panjang. 

Mendengar hasil risikan itu alfonso pun tak jadi nak pi serang 
kedah, pulau pinang dan perlis disebabkan pengalamannya sebelum ini 
bersama 5 pahlawan Melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak 
berhadapan beribu ribu hang kat sana!!! 

Sekian... Dah p buat kerja hangpa... Penat dh chek story nie....

0 contengan: