BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 18, 2012

Avril Lavigne Pukau 14,000 Peminat

Avril Lavigne Pukau 14,000 Peminat



Avril Lavigne Pukau 14,000 Peminat

Teks oleh Kheme Rosly

Khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR 19 FEBRUARI 2012: Meskipun ada dakwaan yang mengatakan penyanyi antarabangsa Avril Lavigne membuat persembahan dalam keadaan mabuk, namun itu tidak bermakna 14,000 peminat tegarnya yang memenuhi Stadium Merdeka malam semalam kurang berpuas hati dengan persembahan bertenaganya.

Menerusi konsert jelajah Avril Lavigne Black Star Tour, penyanyi kelahiran Kanada itu telah beraksi bersama 17 buah lagi popularnya, sekaligus menjadikan aura stadium bersejarah itu bersemarak penuh kegembiraan daripada peminatnya.

Dibawakan oleh JS Concert Production dan ditaja oleh Tune Talk, persembahan Avril Lavigne hanya bermula kurang 15 minit sebelum jam sembilan malam dengan menyaksikan pentas di stadium berkenaan terlebih dahulu dihangatkan bersama putaran lagu daripada DJ.

Avril Lavigne muncul dengan sarungan singlet hitam dan liquid legging hitam beserta sapatu but rock tampak begitu santai dan bersahaja juga bersedia untuk memulakan konsertnya.

Bermula dengan lagu Black Star yang merupakan lagu bagi rangkaian harumannya iaitu Black Star, Avril meneruskan dengan lagu What The Hell dan beberapa lagu yang mencipta fenomena suatu ketika dulu seperri Sk8erBoi, Girlfriend dan When Your Gone.

Konsert yang berlangsung selama lebih daripada satu jam 30 minit itu ternyata telah mendapat maklumbalas memberangsangkan daripada peminatnya yang tidak mahu berganjak walau seinci sekalipun.

Ditambah pula dengan kapasiti stadium yang besar itu, dapat dilihat bahagian hadapan pentas penuh dengan jumlah peminat fanatiknya.

Walaupun pada petangnya hujan turun dengan begitu lebat, namun kebanyaka peminat telah berada di stadium seawal jam lima petang, semata-mata untuk mendapatkan tempat duduk paling strategik.

Portal murai.com.my juga sempat menemuramah beberapa peminat yang hadir dan nyata ramai berpuas hati dengan persembahan Avril kerana menyampaikan kesemua lagu hitsnya termasuk lagu dari album pertamanya Let Go hingga yang terkini Goodbye Lullaby.

Membuat gimik dengan mengakhiri konsertnya dengan lagu I'm With You, dia muncul kembali ke pentas selepas peminat bersorak dan mahukan Avril tidak menamatkan persembahannya.

Dengan ahli kumpulannya, gadis lincah itu bertukar menjadi seorang gitaris dan salah seorang ahli kumpulan tersebut menjadi vokalis mereka mempersembahkan lagu Pumped Up Kicks daripada kumpulan Foster The People.

Akhir sekali Avril mengakhiri konsertnya dengan lagu I Love You dan single yang telah membawa dia terkenal dalam industri muzik antarabangsa iaitu Complicated.


p/s :: teringin nak gi....i ni kipas-susah-mati bliu dari dulu neh...

0 contengan: