BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 5, 2011

air sirap gantikan minyak petrol ??



aha.....petang tadi ada lecter operation management...lepas tu ada sentuh sikit pasal macam mana kita nak improve kan lagi produk tu......lepas tu tetiber masuk topik minyak ni ha..........

tapi lecture tu tak ada lar cakap pasal air sirap ni......aku juz teringat satu story.....maybe ada yang penah baca kot

ada lah satu ketika ni....ada budak nama dia atan (bukan nama sebenar)...cikgu dia suruh murid2 kat kelas tu cipta satu barang....lepas tu bila hari yang ditetapkan atan pon bawak lar projek dia tu kat skolah sebab nak tunjuk kat guru dia.....then.....guru dia tanya dengan pertanyaan mengikut standard SPM bahasa melayu 
"atan........apa yang telah kamu bawa untuk projek kita kali ini ?"
"cikgu yang saya hormati.....untuk projek kali ini saya telah mencipta satu rekaan yang pasti akan menggemparkan pandangan bulukakidanhidung cikgu"
"emmmm...apa dia ?"
"saya telah mencipta kereta yang tidak perlu menggunakan minyak tetapi hanya menggunakan sirap sahaja cikgu "
"betul ke kamu ni ? mana kereta nyer ? cikgu tak nampak pon"
"ada di luar cikgu...malah saya boleh tunjukkan demo sekali cikgu tapi kita kena pergi ke padang lah ye cikgu"
"baiklah cikgu nak tengok. mari kita pergi ke padang "
maka satu kelas telah menuju ke padang untuk melihat kereta ciptaan atan. 
contoh jer...(ihsan google)
"ha !! cikgu inilah keretanya cikgu " 
"eeh.....macam mana pula nak gerakkan benda alah ni ?? tak nampak enjin pon " 
"tak pe cikgu. sekarang saya buat demo. tapi sebelum tu cikgu tolong pegang kat pedal dia , saya duduk kat dalam "
"eeh kenapa pula ?"
"ha...sekarang cikgu tolak saya keliling padang ni......rehat nanti saya belanja cikgu air sirap kat kantin..amacam ?? ada mau kaa ?? kan tak payah pakai minyak tu...kan...kan...kan..." 
"aku belasah buat sirap bandung jugak budak ni !!!"-dalam hati cikgu



ha....storyline asal dia aku baca kat majalah ujang tak silap aku....(tak pon gila2)..antara dua tu lah aku tak ingat...tapi yang atas ni versi panjang sikit huhu..saja gatal tangan even tak best mana pon......tak silap aku buku tu dah lama gila aku baca waktu aku sekolah rendah kot....tapi still ingat sampai skang sebab cerita dia melekat kot kat kepala hati otak aku hoho..

pastu dulu time skolah cikgu aku penah citer yang kat malaysia penah ada makhluk Allah yang dah berjaya cipta alternatif lain untuk ganti minyak petrol ni...korang tau dia dorang tukar minyak petrol tu dengan apa ??
cuba teka ???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dapat teka tak ??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dorang tukar dengan LALANG !!

pecaya tak ?? ha !!.actually mula2 aku dengar cikgu aku cerita pon aku macam nak tak nak jer pecaya..pastu tengok dia beriya2 citer...aku pon terima je lah......tapi penemuan tu tak feymes kan ?? sebab tu orang ramai tak tahu...

cikgu aku cakap lagi....tak ramai tahu sebab orang yang reka tu dah kena bunuh....tak tahu le betul ke idak....kena bunuh sebab nanti kalau sumer orang guna lalang......minyak pulak tak laku kang nanti...tapi berita sebenar.....wallahualam.....

tapi......tapi.....tapi.......kalau betul lar formula lalang tu boleh menggantikan minyak petrol....pehhhhh !!!! memang lepas ni bersih le semak samun kat umah korang......siap buat niaga lagi hahaha.....

0 contengan: