BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 25, 2011

lahirlah kisah seketol skuter................

bermula hari ini...lahirlah seketol skuter dalam hidup aku.........agak2 apakah perasaan aku kali ni ??!! ofkos la aku hepy weii......akhirnya aku dapat gak seketul kenderaan untuk memudahkan pergerakan aku yang memang kerja nak merayap jer ni hahaha.....

even moto tu secondhand aku bejanji akan menjaga sebaik mungkin seperti mana aku menjaga 2 gugus nset aku tu...(walhal yg 1 da nak lingkup).............haha..ehem..ehem....*ala2 ucapan kemenangan ABH* berdirinya saya disni ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak menyokong saya dalam hidup dan tanpa disangka kini saya telah berjaya memiliki seketol skuter yang diberi nama ego haha......mum dad i lurve both of u hihi.......*errr...duit minyak abah sapot sekali leh ?*.....kluunng......sah bunyi piring terbang hahaha.....

lepas nih tak payah le aku nak menyusahkan diri aku nak menelepon uncle tea tu...dan wet aku tak adelah asyik nak mengalir jer.....apa !! ingat x sedih ke bila duit biru yakni RM1 tu asyik kena keluar dari purse hodoh aku.... huhu...sedey taw.....

btw....lepas ni makin ayu lar aku pakai skuter hahaa....kalu dapat moto ducati tu kan best..papepon guwe besyukur......dari xada aper kan....hope skuter guwe tu tak akan penah wat perangai.....tapi kalu dia buat perangai gak...guwa ingat nak standbye rotan siap2 lar......ahakz !

IKLAN..........................


MAHARAJALAWAK 2011
SEPAH TERBAEEK !!!
haha...IDOP INDUSTRI KLAKOO !!
IDOPP !!!

CERIA...pemenang Maharaja Lawak dengan hadiah mereka.
CERIA...pemenang Maharaja Lawak dengan hadiah mereka.

SHAH ALAM: Tanpa dijangka kumpulan Sepah dianggotai Mohd Noor Murad, Shahmira Muhammad dan Mohd Nazdri Zainal Abidin, muncul juara pertandingan akhir Maharaja Lawak berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam di sini, malam tadi.

Lebih manis apabila kemenangan itu diumumkan di hadapan hampir 5,000 penonton setia rancangan itu, termasuk ahli keluarga dan kelab peminat pelawak popular itu yang membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam.Sebelum ini kumpulan lebih popular iaitu Jozan dan juga Jambu dilihat lebih menonjol dan disebut-sebut akan menjuarai Maharaja Lawak yang pertama kali diadakan menghimpunkan pemenang dan pelawak popular yang bakat mereka dicungkil dari rancangan Raja Lawak terbitan Astro.

Peringkat awal sewaktu pengumuman undian SMS penonton setia, mewakili 50 peratus permarkahan menunjukkan Jozan mempunyai kelebihan apabila mendahului dengan 34 peratus sementara kumpulan Sepah berada di tangga kedua dengan 28 peratus diikuti Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil (25 peratus) dan Jambu hanya memperoleh 13 peratus.Persembahan ditampilkan Sepah sewaktu pusingan pertama dengan tema bebas dan kedua, muzikal berjaya mencuit hati penonton bukan saja di dalam stadium tetapi juga di rumah.


“Kemenangan ini sememangnya tidak dijangka. Terima kasih kami ucapkan kepada juri dan penonton yang memberikan sokongan padu sepanjang 13 minggu pembabitan kami dalam pertandingan ini,” kata Shuib mewakili anggota Sepah yang lain sebaik diumumkan juara.


Dia menyifatkan kemenangan kumpulan Sepah adalah rezeki anak yang bakal ditimang tidak lama lagi ini kerana isterinya juga penyanyi Siti Sarah sedang mengandung anak sulung.Sepah menewaskan Jozan dianggotai Johan dan Zizan, Nabil dan kumpulan Jambu dianggotai Yusry Edoo (Yus) dan Zamaratul Amri Zakaria (Taukeh).

Kemenangan diputuskan juri tetap rancangan itu iaitu pengarah filem, Mamat Khalid, Ahmad Idham dan pelawak, Saiful Apek mewakili 50 peratus markah dan selebihnya SMS daripada penonton setia membolehkan Sepah membawa pulang wang tunai RM350,000 beserta piala iringan, Jozan naib juara dan menerima hadiah wang tunai RM 250,000, sementara tempat ketiga dimenangi Nabil menerima wang tunai RM150,000.Sementara Jambu, keempat menerima RM50,000.




0 contengan: